Tuesday, May 18, 2010

Panas...

Kau marah…kau bengang..dan kau kata melayu derhaka. Kau kata melayu lupa. Dan kau kata segala-galanya. Kenapa? Mengapa?.

Kau tuduh melayu itu..kau tuduh melayu ini…kau kata melayu itu..kau kata melayu ini..kau kata ‘melayu harus berjaga-jaga’. Seperti amaran sesama bangsa.Siapa yang tak sokong siapa persoalannya…jangan hanya melihat sebelah mata,jangan hanya mendengar sebelah telingga. Betul ke melayu pangkah lain bangsa? Bukti apa yang ada? Bila kalah kenapa hanya itu dinampaknya. Kalau benar sekali demikian rupa jadinya, siasatlah betul-betul apakah puncanya. Bukan nya main tuduh membabi buta, bukanya main kata ikut suka. Seolah-olah kau sahaja yang sayang bangsa.

Kalau semuanya adil dan saksama, terbela dan terjaga..kenapa perlu pangkah lain bangsa…tidak ada guna itu semua. Melayu mana yang tak sayang Negara..tanah air yang tercinta…Melayu yang mana mahu gadaikan bangsa…melayu mana yang mahu hilang semuanya!!!!!! Lagi-lagi kau kata…melayu lupa dan melayu derhaka. Mana melayu mahu sengsara…mana melayu mahu derita!!!!

Melayu sendiri yang punya angkara…andainya maruah tidak terbela….andainya nasib tidak terjaga..andainya tanah air bertukar bangsa….bukan melayu tak tahu itu semua.
Melayu tidak mahu berputih mata…

Dulu semasa melayu percaya…kenapa melayu yang dilupa…melihat melayu sebelah mata…mendengar melayu sebelah telingga…yang terdekat sahaja yang didengarnya, yang disebelah sahaja yang dipandangnya..

Melayu bukan tak sayang Negara....melayu seolah-olah terpaksa. Apa lagi pilihan yang melayu ada. Semoga ada yang buka mata. Semoga tiada yang pekakkan telinga. Biarlah ini yang pertama dan biarlah ini juga yang terakhirnya. Jadi pengajaran untuk selamanya.

Kau kata melayu lupa…kau kata melayu derhaka…Apakah kau tidak lupa?Apakah kau tidak derhaka?Apakah kau taat setia pada agama,bangsa dan Negara…?

No comments: