Tuesday, May 18, 2010

Budak Genius Yang Telanjang...

Pada asalnya aku tak nak tulis pasal isu ni..tetapi selagi aku tak tulis,selagi tulah fikiran aku terganggu.Lagi terganggu bila aku baca tulisan dan pandangan orang lain yang masih tidak ada yang sama dengan apa yang aku fikirkan..Ok lah...ini adalah apa yang aku fikirkan...

Kenapa berita pasal sufiah ni tiba-tiba jadi hot semacam jer? kenapa hah? Adakah kerana dia ni budak genius?.Emm..memang dia genius tapi mungkin subject matematik jer kot...kalau subjek lain mungkin dia akan fail kalau dia ambil exam...korang fikirlah
sendiri.

Macam mana pulak dulunya kita boleh tabalkan yang dia ni adalah seorang budak genius hah? Adakah kerana dia terer matematik semata-mata? Adakah kayu pengukur kegeniusan
seseorang itu terletak pada subjek matematik hah?.Emm...macam kes Adi Putra sekarang nilah...Matematik jer yang dia terer..Kalau macam tu,dekat sekolah lebih baik kita ajar subjek matematik jer...baru ramai orang boleh jadi genius. Korang fikirlah
sendiri...

Lagi...baru-baru ni dalam suratkhabar ada dituliskan macam-macam tentang orang-orang
dan badan-badan yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengembalikanya kepangkal jalan.
Sampai nak pakai-pakai bomoh..terbangkan bomoh tu kesana..sampai kaitkan yang budak ni
dah kena ilmu hitam...tak faham betul aku!!!. Kenapa sampai begitu sekali kesanggupan
kita untuk menghulurkan bantuan pada dia ni.Jangan salah faham plak..bukan aku tak
suka korang nak tolong..tapi aku rasa dah macam terover sangat la plak..atau pun
mungkin suratkhabar yang terlebih publisitikan cerita ni kot...Nape aku bebel macam
ni...sebabnya...Si Sufiah ni satu warganegara dengan kita ke?Mak dan ayah dia pun satu
warganegara dengan kita jugak ker???

Bukan apa...sepanjang dia duduk kat sana tu..ada tak dia pernah cerita kat orang lain
pasal Malaysia ni...ingat ke diaorang kat Malaysia ni...apa sumbangan diorang pada
tanah air Malaysia ni...dia mengaku tak yang dia tu ada darah keturunan Malaysia...ada
ke orang-orang kat sana mengenali dia tu sebagai seorang rakyat Malaysia...aku rasa
haram tak pun...so, yang kita nak banggakan sangat tu apahal????Korang fikirlah sendiri...

Ye...mungkin ada orang kata kita nak tolong dia diatas dasar sama agama dengan
kita..senang cerita 'nak tolong sesama islam la...', atau pun ada udang disebalik batu
kot...korang fikirlah sendiri...

Macam nilah....kalau korang nak tolong sangat diatas dasar itu aku nak mintak korang
semua hulurkan pertolongan korang dulu pada budak-budak perempuan islam yang kat
tanahair kita dululah. Tak perlulah kita nak pergi tolong yang nun jauh dimata..kata
orang..gajah depan mata tak nampak...kuman diseberang jalan nampak plak...
Ditanah air kita berapa banyak budak-budak perempuan islam yang jual tubuh mereka,
ataupun bagi free jer ikut dia suka cuma bezanya diaorang ni tak buat iklan dalam
internet dan satu lagi...jangan kerana diaorang ni bodoh matematik kita tak layan
ataupun ikhtiarkan sesuatu pada diaorang sepertimana kita buat untuk Sufiah
ni...Korang fikirlah sendiri...

Untuk kes ni korang nak pakai bomoh ke, apa ke ikut suka korang lah..aku akan sokong
200%.Sufiah tu sorang jer...yang kat tanah air kita ni..berpuluh..silap-silap
beratus...silap-silap..beribu!!!Korang fikirlah sendiri...

Kalau ikutkan banyak lagi aku nak tulis...tapi mata aku dah layu giler dah..
Apapun aku menyeru kepada korang yang baca bebelan aku ni supaya kita sentiasa
sama-sama berdoa kepada yang esa semoga semua umat islam dimuka buminya ini akan
sentiasa diberikan hidayah dan terlindung dari segala perkara-perkara yang tidak
diingini dan bukan nya berdoa untuk Sufiah sahaja...

Maafkan aku...

No comments: